Panorama keseluruhan kawasan UUM yang dianggarkan kira-kira 1,061 hektar luasnya yang telah dibina pada 16 Februari 1984. UUM merupakan universiti yang ke-6 yang ditubuhkan di Malaysia.
Dengan Visi "Menjadi Sebuah Universiti Pengurusan yang Terkemuka, UUM telah ditadbir oleh 7 orang Naib Canselor yang berwibawa secara bertukar-tukar. yang terkini ialah
Prof. Dato' Dr. Mohamed Mustafa Ishak.
UUM mempunyai 3 Kolej yang menawarkan pelbagai kursus iaitu:
- College of Art (CAS);
- College of Business (COB);
- College of Goverment.
UUM merupakan satu-satunya universiti yang menyediakan penginapan kepada mahasiswa dan mahasiswinya. Terdapat 15 dewan penginapan pelajar yang telah disediakan oleh pihak UUM.
Pusat Kesihatan Universiti yang tersedia dengan doktor-doktor yang pakar dalam perubatan serta kemudahan klinik pergigian juga terdapat di UUM.
Perpustakaan Sultanah Bahiah yang memuatkan ribuan koleksi ilmu selalu menerima ramai pengunjung yang ingin meminjam buku serta mahasiswa yang belajar secara berkumpulan disana.
Bangunan utama UUM yang menempatkan pentadbiran utama UUM.
Dewan Muazam Shah yang sentiasa tidak sunyi dengan majlis-majlis yang gah. kehijauan alam semula jadinya menjadi tarikan kepada pengunjung serta mahasiswa untuk merakamkan memori disana.
Masjid Badlisyah yang terletak berhampiran dengan dewan penginapan pelajar Tradewinds yang sentiasa menerima kunjungan saudara-saudara muslim. Ia juga dikenali dengan Pusat Islam kerana dini aktiviti keagamaan sering dijalankan seperti rawatan islam, ceramah, ibadah fardhu ain dan sebagainya.
Pusat Sukan yang sentiasa dipenuhi dengan mahasiswa serta staf-staf yang sentiasa berkunjung di waktu petang untuk riadah.
Hotel yang dibina dibawah pentadbiran UUM terletak sebelum Pintu masuk utama UUM.EDC hotel juga adalah tempat mahasiswa kursus Kulinari membuat praktikal. ia juga turut menyediakan pekerjaan sambilan kepada Mahasiswa UUM.
Pamdangan dalam hotel EDC.
Selain EDC hotel, UUM turut menyediakan Universiti Inn bagi pengunjung yang ingin menginap selama 2 atau 3 malam.
Kemudahan pengangkutan juga turut disediakan. Bas UNIC Leisure yang berperanan untuk mengangkut mahasiswa dari setiap dewan penginapan pelar memudahkan pelajar untuk bergerak didalam serta di luar UUM/
untuk mengetahui lebih lanjut tentang UUM, sila ke link: